Assalaamualaikum. Untuk di maharkan seutas tasbih teras kemuning hitam dari koleksi peribadi saya sendiri.
Tasbih buatan tangan dengan Imam, Bilal, penanda dan 99 makmum. Umumnya telah termahsyur akan khasiat teras kemuning hitam ini. Dianataranya:
- Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
- Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
- Awek muda (bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya]
- Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
- Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan]
- Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat]
- Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
- Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
- Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan dalam daerah yang sama).
- Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
- Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
- Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
- Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
- Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Tambahan 1:
- Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.
Tambahan 2:
- Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.
- Apapu; "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua"
- (maklumat ini ehsan dari zamrudtech.blogspot.com)
- Mahar RM200 (termasuk pos)
- Berminat sila hubungi 017-3890829 (call/sms/whatsapp)
- Terima kasih. Wassalam.
No comments:
Post a Comment