Barangan Asli ... Beraura Alami. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi hp: 017-389 0829 (call/sms/whatsapp) atau email: panglimahitam313@gmail.com.
Thursday, 29 May 2014
Cincin Perak Permata Raja Kayu (RM360)
Assalaamualaikum. Dari koleksi peribadi saya yang teristimewa, ingin saya maharkan disini sebentuk Cincin Perak bertatahkan permata Raja Kayu. Permata alam sebelah. Asalnya saya perolehi dari sahabat saya diikat dengan cincin stainless steel namun demi menghargai pemberian beliau dan juga meletakkan permata teras kayu istimewa ini pada tempatnya (mau tak istimewanya... hingga digelar Raja Kayu tuuu...) saya ikatkan kembali dengan cincin perak rekaan moden dan elegan ini. Buatan tukang kelantan ini amat kemas, tebal lagi kukuh. Memakainya, dari pengalaman saya sendiri, nyamuk pun tak nak gigit (entah kenape yee???) dan menguatkan jati diri walau kemana sahaja terutamanya ketika masuk ke hutan. Selalu saya pakai ketika pergi memancing di lubuk-lubuk dan menjelajah belantara.
Diantara khasiatnya yang diperkatakan;
- Penimbul aura kewibawaan.
- Pembisa pukulan (pemakainya dinasihatkan jgn memukul orang, dikhuatiri boleh memudaratkan)
- Di takuti binatang buas, berbisa dan makhluk halus.
- Menawarkan bisa sengatan.
- Berguna sebagai tool kit kecemasan walau dimana jua.
- Apapun;"segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua".
Untuk penerangan yg lebih panjang lebar, sahabat yang berminat bolehlah melawati website sahabat saya si RAJAKAYU di alamallah.blogspot.com.
- Saiz cincin 24-25 (boleh ubah)
- Maharnya RM360 (termasuk pos bagi semenanjung sahaja)
Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp)
Terima kasih. wassalam.
Cincin Perak Teras Gemunggal/Kelor (RM360)
Assalamualaikum. Untuk dimaharkan Sebentuk cincin perak bertatahkan permata teras gemunggal/kelor yang termahsyur itu. Permata ini saya perolehi dari seorang sahabat yang bergelar RAJAKAYU dek kerana pengetahuannya yang mendalam berkenaan ilmu perkayuan. Permata ini telah dibentuk , dicanai dan digilap sendiri oleh beliau. Teras Kelor potongan melintang ini boleh dikatakan cukup masak berdasarkan rona coklat kehitamannya. Sebagai bonus buat bakal pemiliknya, jika diperhatikan secara dekat, telah tumbuh bulu halus yg dikatakan sebagai roma bisa di liang permata ini (yg ni kamera tak dapat tangkap pasal halus... tapi kalu diteliti dgn mata kasar secara berdepan pun boleh nampak...).
Ikatan cincin perak dengan bunga ukiran hasil kerjatangan tukang kelantan yang cukup mengancam. Pengalaman saya bila dipakai sahaja, akan menyelinap rasa getaran/kebas bermula dari jari dan merayap keseluruh badan. Aura kewibawaannya juga sanagat menyerlah. Khasiatnya??? telah mahsyur di Alam Melayu ini akan perihal teras kelor/gemunggal ini. Cer tanya uncle google... pasti panjang lebar ceritanya... heheheh.
Koleksi kesayangan saya ini saya lepaskan buat sahabat yang bertuah.
Saiz cincin 24-26 (boleh ubah)
Maharnya RM360 (termasuk pos untuk semenanjung sahaja).
Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp)
Terima kasih. wassalam.
Rencong Aceh Berkalimah Syahadah (Telah dipindahmilik- terima kasih tn. A, kelantan).
Assalaamualaikum. Untuk dimaharkan sebilah Rencong Aceh berkalimah yang saya perolehi dari seorang sahabat di sekitar tahun 2005. Terdapat ukiran kalimah syahadah pada bilahnya. Hulu dan sarungnya pula diperbuat dari bahan tanduk lembu. Telah terisi dengan ribuan zikir asma' dan selama ini saya gunakan didalam ikhtiar perubatan. Koleksi terpilih buat sahabat peminat dan pengumpul senjata Alam Melayu.
Apapun; "segala hikmah dan khasiat hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua".
- Maharnya RM180 (termasuk pos utk semenanjung sahaja)
- Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp)
Terima kasih. wassalam.
Tuesday, 27 May 2014
Cincin Perak Suasa Delima Retak Seribu (RM360)
Assalaamualaikum. Dari koleksi peribadi saya sendiri, ingin dimaharkan disini sebentuk cincin perak delima retak seribu.Cincin berukir motif awan larat dan permata ikat bungkus suasa. Permata dari alam sebelah. Beraura alami serta khasiat tersendiri. Namun kini saya lepaskan untuk dimiliki sahabat yang bertuah.
Apapun; "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua".Saiz cincin 24-26 (boleh ubah)
Maharnya RM360(termasuk pos)
Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp)
Terima kasih. Wassalam.
Cincin Perak Permata Kecubung Air (RM390)
Assalaamualaikum. Untuk dimaharkan sebentuk cincin perak bertatahkan permata kecubung air warna ungu cair. Permata ini dihadiahkan kepada saya oleh seorang sahabat. Permata dari alam sebelah. Beraura alami dengan khasiat tersendiri. Ikatan perak yang tebal dan kukuh serta buatan tangan yang kemas walau designnya simple hasil pertukangan kelantan.
Apapun; "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua".Saiz cincin 24-26(boleh ubah)
Maharnya RM390 (termasuk pos)
Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp)
Terima kasih. Wassalam.
Tasbih Teras Gemunggal / Kelor (RM360)
Assalaamualaikum. Tasbih buatan tangan dari teras gemunggar / kelor utnuk dimaharkan. Tasbih 100 (1 imam dan 100 makmum) tanpa bilal dan penanda. Personal favourite saya . Dijaga rapi dgn diminyakkan dari masa ke semasa utk mengekalkn kelembapan teras kayu ini. Corak unik teras gemunggal kampung iaitu corak cap jari begitu mempersonakan dan tak jemu ditatap. Utk peminat teras gemunggal, ini adalah buah tangan teristimewa dari saya buat sahabat sekalian.
Rasanya tak perlulah saya huraikan akan khasiat teras ini kerana telah begitu mahsyur seantero Alam Melayu.(kalau nak tau jugak... sila tanya uncle google k... heheheh)
Apapun; "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua".
- Maharnya RM360 (termasuk pos)
- Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp)
- Terima kasih. Wassalam.
Rasanya tak perlulah saya huraikan akan khasiat teras ini kerana telah begitu mahsyur seantero Alam Melayu.(kalau nak tau jugak... sila tanya uncle google k... heheheh)
Apapun; "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua".
- Maharnya RM360 (termasuk pos)
- Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp)
- Terima kasih. Wassalam.
Tasbih 99 Teras Kemuning Hitam (RM200)
Assalaamualaikum. Untuk di maharkan seutas tasbih teras kemuning hitam dari koleksi peribadi saya sendiri.
Tasbih buatan tangan dengan Imam, Bilal, penanda dan 99 makmum. Umumnya telah termahsyur akan khasiat teras kemuning hitam ini. Dianataranya:
- Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
- Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
- Awek muda (bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya]
- Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
- Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan]
- Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat]
- Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
- Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
- Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan dalam daerah yang sama).
- Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
- Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
- Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
- Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
- Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Tambahan 1:
- Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.
Tambahan 2:
- Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.
- Apapu; "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua"
- (maklumat ini ehsan dari zamrudtech.blogspot.com)
- Mahar RM200 (termasuk pos)
- Berminat sila hubungi 017-3890829 (call/sms/whatsapp)
- Terima kasih. Wassalam.
Sunday, 25 May 2014
Cincin Geliga Cenderawasih Asli (HYPER RARE!!!) (RM3000)
Assalaamualaikum. Cincin Mustika\ Geliga Cenderawasih Kayangan ini adalah diantara yang teristimewa didalam simpanan pengasas untuk di maharkan.
- urat batunya yg dipermukaan telah dan akan berubah mengikut keserasian pemakainya.
- khasiatnya selengkapnya para sahabat boleh la merujuk dgn uncle google ye... - utk dimaharkan pada nilai RM3000 ( termasuk pos).
- saiz 23-25 (bole ejas).
- apepun "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua".
- berminat sila hubungi no di atas. terima kasih.
Cincin Permata 7 Petala (HYPER RARE!!!) (RM1300)
Assalaamualaikum. Inilah dia item sulung utk dimaharkan di blog permata7petala (sempena mengambil nama permata ini).
Permata perolehan seorang sahabat dari alam sebelah dan telah diikat cincin perak bungkus penuh.
- permata asli bersaiz sederhana dengan urat batu berjalur seolah menggambarkan 7 petala langit dengan sumber cahaya di bahagian teratas.
- beraura alami dan khasiatnya pelbagai.
- pesona permata ini takkan jemu mata memandang sehingga mengundang keasyikan.
- cincin saiz 23-25 (boleh ubah)
- maharnya rm1300 (termasuk pos utk semenanjung sahaja).
- Suatu item yang HYPER RARE khas buat sahabat yang mengetahui.
- Apepun "segala khasiat dan hikmah hanyalah dariNYA dan dengan izinNYA jua"
- Berminat sila hubungi 017-389 0829 (call/sms/whatsapp).
Terima kasih. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)